Tuesday, December 5, 2017

Program Latihan Kemahiran Pertanian (Sijil/Diploma Kemahiran) Pengambilan bagi bulan Januari 2018



PENGAMBILAN UNTUK BULAN JANUARI 2018 bagi Program Latihan Kemahiran Pertanian Sijil/Diploma Kemahiran dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Kos Pengajian, Penginapan, Makan dan Minum PERCUMA dengan mendapat elaun secara bulanan.

Syarat Permohonan :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 hingga 25 tahun
3. Lulus SPM atau setaraf
4. Sihat tubuh badan

Bidang yang ditawarkan :
* Tanaman
* Ternakan (Ruminan & Poltri)
* Teknologi Perikanan Tangkapan
* Pengeluaran Padi
* Pemasaran
* Pemprosesan Makanan 
* Akuakultur Air Tawar
* Akuakultur Marin


Pengambilan pelajar bagi bulan Januari 2018 akan ditutup pada 15.12.2017

Berminat? boleh mohon secara online di laman web http://atpis.moa.gov.my/V4/online/application/

Monday, December 4, 2017

AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)



Peluang keemasan untuk anak-anak muda yang ingin menjadi usahawan tani..

Seminar AGROGEMS (Agro Generasi Muda Selangor)

Tarikh : 5 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 8.00pg - 5 petang
Tempat : Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.

Bayaran: RM10 sahaja

Peserta akan didedahkan kepada :

1- Peluang Perniagaan Dalam Sektor Pertanian/Penternakan
2- Pengenalan Teknologi Fertigasi Tanaman Rock Melon/Cili
3- Pendedahan Sektor Penternakan Ayam Kampung di Selangor
4- Pendedahan Sektor Penternakan Ikan Air Tawar di Selangor

Syarat² penyertaan :

- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak Selangor
- Bermastatutin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Terbuka kepada yang sedang/belum menjalankan projek pertanian

Pendaftaran secara atas talian boleh dibuat melalui link berikut :


Dikeluarkan oleh :

Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani
Kerajaan Negeri Selangor
24 November 2017

Maklumat lanjut boleh didapati di Page Agro Generasi Muda Selangor - AGROGEMS



Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling