Monday, January 22, 2018

Pertandingan Pejabat Pertanian Daerah, Pusat Pertanian dan Kompleks Pertanian Terbaik oleh Jabatan Pertanian Malaysia



Ditubuhkan pada tahun 1905 yang pada awalnya usaha tertumpu kepada penyelidikan tanaman, penyediaan pakar-pakar teknikal, memajukan tanaman ekonomi yang berpotensi dan juga aktiviti perusahaan getah sebelum Lembaga Getah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1926.
Negara merdeka iaitu pada tahun 1957, Jabatan Pertanian telah berkembang pesat dan mengukuhkan kedudukannya serta terlibat secara penuh dalam aktiviti penyelidikan, khidmat pengembangan, pemasaran dan pembangunan pertubuhan-pertubuhan peladang.
Selepas tertubuhnya agensi-agensi lain seperti FAMA (1965), MARDI (1970) dan LPP (1973), Jabatan Pertanian disusun semula dengan menumpukan sepenuh peranannya dalam menyampaikan khidmat pengembangan.
Dan kini Jabatan Pertanian telah menjadi satu agensi yang memberikan perkhidmatan transformasi pertanian kearah sektor yang moden, dinamik dan komersial, membangunkan industri makanan dan bunga-bungaan, menyediakan khidmat sokongan teknikal, menjamin keselamatan makanan dan alam sekitar serta melindungi industri pertanian negara.


#ourfoodourfuture #MY1DOA #ilovedoa

@MY1DOA (Twitter) Jabatan Pertanian Malaysia (Facebook)


Wednesday, January 10, 2018

Jadual Kursus Pertanian 2018



Borang permohonan boleh dihantar melalui dua cara iaitu melalui serahan tangan atau melalui email (jpn.gombak@gmail.com). Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini sila hubungi pihak kami ditalian 03-61896905, melalui email dan juga laman Facebook kami (Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling)


Tuesday, December 5, 2017

Program Latihan Kemahiran Pertanian (Sijil/Diploma Kemahiran) Pengambilan bagi bulan Januari 2018



PENGAMBILAN UNTUK BULAN JANUARI 2018 bagi Program Latihan Kemahiran Pertanian Sijil/Diploma Kemahiran dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Kos Pengajian, Penginapan, Makan dan Minum PERCUMA dengan mendapat elaun secara bulanan.

Syarat Permohonan :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 hingga 25 tahun
3. Lulus SPM atau setaraf
4. Sihat tubuh badan

Bidang yang ditawarkan :
* Tanaman
* Ternakan (Ruminan & Poltri)
* Teknologi Perikanan Tangkapan
* Pengeluaran Padi
* Pemasaran
* Pemprosesan Makanan 
* Akuakultur Air Tawar
* Akuakultur Marin


Pengambilan pelajar bagi bulan Januari 2018 akan ditutup pada 15.12.2017

Berminat? boleh mohon secara online di laman web http://atpis.moa.gov.my/V4/online/application/

Small Cute Green Pointer
 
copyright © 2014 to Pejabat Pertanian Gombak / Petaling | design by Pejabat Pertanian Gombak / Petaling